Feeds:
Posts
Comments

Sejauh mana patriotiknya siswa kita?

Bulan kemerdekaan menjelma lagi maka rata- rata kampus akan melonggokkan pelbagai program kemerdekaan dalam usaha kononnya mahu membina patriotism dalam kalangan siswa. Ini adalah antara usaha dasawarsa ini.
Usaha murni ini kita galakkan dengan penganjuran konsert dan sebagainya yang melalaikan. Maka meliuk lentoklah siswa siswi anak muda bangsa kita dengan hedonism bercorakkan patriotisme ini.
Patriotik sebagaimana yang saya katakana bukan sahaja pada usaha kita mengibarkan jalur gemilang, menghafal lagu- lagu patriotic dan berarak di kembara kemerdekaan tetapi apa- apa sahaja usaha untuk memartabatkan bangsa, agama dan Negara. Pengorbanan dan amanah kita mendidikan serta mengajar anak bangsa juga adalah patriotik.
Dalam perlawanan bola sepak yang menyaksikan buat pertama kalinya pasukan kebangsaan beraksi di Stadium Bukit Jalil dalam keadaan sorakan penonton yang riuh rendah semasa menentang jaguh Eropah Manchester United kita boleh menilai sendiri sejauh manakah patriotiknya masyarakat kita.

http://fakhrulezam.ning.com/

Blog ini tidak akan di update sebaliknya telah bertukar ke laman sesawang seperti tajuk entri di atas. Justeru, kepada pelayar blog ini, berkunjunglah ke laman sesawang di atas. Syukran.

Kes Juvana…Remaja Kita Kian Parah

Remaja makin bangga, seronok buat jenayah

MEREKA mencuri, merogol, menjual diri, membunuh selain terbabit pergaduhan dan samseng. Ini bukan profil penjenayah yang diburu mahupun sudah bergelar banduan, sebaliknya senario terkini golongan pelajar yang kian membimbangkan.

MEREKA sanggup mencuri, merogol, menjual diri serta membunuh selain terbabit dalam pergaduhan dan samseng. Malah ada yang bertindak di luar batasan adab dan pegangan apabila sanggup menjual diri pada harga serendah RM50 setiap pelanggan untuk mendapatkan wang.

Ini bukanlah profil penjenayah yang diburu mahupun sudah bergelar banduan, sebaliknya senario terkini golongan pelajar yang kian membimbangkan.

Pelajar yang menjadi harapan sebagai generasi pelapis dan sepatutnya bergelut memperlengkapkan diri menjadi insan serba boleh demi masa depan, sebaliknya mencurah tumpuan dan masa muda berharga dengan melakukan pelbagai jenayah seperti mereka yang bertaraf profesional.

Atas alasan mahu mendapatkan populariti, meraih wang mudah serta mendapat perhatian rakan sebaya, pelajar berusia 13 hingga 18 tahun ini sudah tidak lagi malu melakukan jenayah.

Silap jika ada yang beranggapan ini trend semasa bersifat sementara dan hanyalah gelojak jiwa muda remaja yang lebih suka mencuba perkara baru.

Buktinya, statistik serta kajian pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi tempatan, menunjukkan betapa jenayah pelajar di dalam mahu pun di luar sekolah, bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Ia diakui sendiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, minggu lalu yang memetik statistik menunjukkan peningkatan kes jenayah bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri dan kesalahan lain membabitkan anak muda itu.

Selain peningkatan kes, jumlah tangkapan pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun juga turut mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Buktinya, bagi sepanjang 2007, sejumlah 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 kes tahun lalu yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan.

Belum pun reda kejutan akibat kenyataan Musa, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mendedahkan, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini saja, seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit pelbagai kes jenayah termasuk membunuh.

Sambil mengakui trend itu amat membimbangkan, Lee berkata kebanyakan pelajar itu terbabit dalam kes curi motosikal selain kes pecah rumah, mencederakan orang lain dan rogol. Lebih menyedihkan, walaupun kelab pencegahan jenayah sudah dilancarkan di 3,764 sekolah sejak 1994, ia ternyata tidak berjaya membendung kadar peningkatan jenayah di kalangan pelajar.

Keadaan juga tiada jauh bezanya di sekolah. Hasil kajian Petunjuk Keselamatan dan Jenayah di Sekolah anjuran Universiti Malaya yang diumumkan tahun lalu, menunjukkan empat masalah utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme atau samseng.

Kajian setahun pada 2006 – 2007 dilakukan Pensyarah Fakulti Pendidikan UM Profesor Madya Dr Tie Fatt Hee, membabitkan 740 responden di kira-kira 12 sekolah di Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

“Kajian awal ini cuma membabitkan pelajar berusia 16 tahun yang disifatkan tahap usia penting sebelum memasuki Tingkatan Lima dan seterusnya menyertai masyarakat. Apa yang boleh dirumuskan, jenayah di sekolah tetap berlaku sama ada di kawasan bandar mahu pun luar bandar.

“Bagi saya, perkembangan ini amat membimbangkan biarpun hakikatnya jenayah di sekolah ini masih dianggap terkawal jika dibandingkan dengan bilangan murid di seluruh negara,” kata Dr Tie ketika ditemui, baru-baru ini.

Lebih membimbangkan, katanya, 46 peratus responden itu mengakui pembelajaran mereka terganggu akibat ancaman jenayah di sekolah yang sekali gus boleh menjejaskan pencapaian akademik mereka.

“Kita perlu ingat, masalah disiplin di sekolah ini bukanlah sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba sebaliknya ia membabitkan proses yang berpanjangan. Seperti juga penyakit, ia mempunyai simptom atau petanda awal tertentu yang perlu ditangani seberapa segera.

“Jika ia dibiarkan melarat, tanpa sebarang tindakan oleh pihak sekolah, jenayah ini boleh melarat melangkaui kawasan sekolah.”

Dr Tie yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan undang-undang, berkata apa yang menyedihkan, majoriti pelajar yang ditemui menerusi kajian itu, mengakui menjadikan kawan atau rakan sebagai rujukan utama dalam sistem sokongan mereka.

“Di mana peranan ibu bapa dan guru-guru yang sepatutnya di hierarki atas sistem sokongan itu dan menjadi tempat utama pelajar mengadu masalah mereka? Ini jelas menjadi satu kepincangan kerana kita perlu sedari, ada bahayanya apabila pelajar menjadikan rakan sebagai pakar rujuk mereka, terutama jika rakan itu juga bermasalah.”

Sehubungan itu, beliau menegaskan, sudah tiba masanya semua pihak – ibu bapa, sekolah dan masyarakat menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah jenayah di kalangan pelajar ini.

“Guru yang menyedari pelajar bermasalah perlu segera memaklumkan kepada pihak sekolah bagi tindakan susulan termasuk memanggil ibu bapa dan pihak polis. Ibu bapa pula harus bersikap prihatin apabila dipanggil dan bukannya menuding jari ke arah pihak sekolah.

“Selain itu, kita juga harus menerapkan kepentingan kaedah pendidikan berkaitan undang-undang yang mana pelajar didedahkan dengan jenayah dan jenis hukuman serta hak mereka,” katanya.

INFO: Masalah juvana

# 5.4 juta pelajar di seluruh negara

# Indeks pembabitan pelajar dalam jenayah 0.03 peratus berbanding jumlah keseluruhan

# Usia pelajar bermasalah 13 – 18 tahun

# Statistik polis: 2007 – 1,837 kes jenayah dan 3,383 pelajar ditahan; 2008 – Meningkat kepada 2,218 kes dan 3,725 pelajar ditahan.

# Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia, 48.1 peratus mat rempit berpunca akibat kebosanan, 38 peratus bertujuan mengisi masa lapang dan 27.8 peratus dipengaruhi kawan.

# Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia – Seramai 295 pelajar terbabit dalam pelbagai jenayah sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun ini.

# Kajian Universiti Malaya – masalah disiplin utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme.

Ke mana hilangnya malu wahai perempuan???

SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.

Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.

Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan. Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.

Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.

Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.

Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.

Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu? Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.

Di tengah–tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di bandar-bandar besar.

Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua.
Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya.

Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah’ juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebagainya.

Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita.

Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan.

Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak dibincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak wanita.

Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai bila-bila.

Suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis terutama untuk wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu.

Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.

Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal…”

Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan. Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.

Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.

Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.

Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden.

Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.

Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.

Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.

Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.

Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.

Sudah tiba masanya, kumpulan atau golongan yang memperjuangkan hak wanita dan dunia wanita mengubah persepsi mereka terhadap peranan dan diri wanita dalam dunia masa kini. Mengejar kejayaan, kemodenan, kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus diperjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu.

Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)3240681089_7727d3abcf

Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.

Solat di Awal Waktu dari Perspektif Sains

Mengapa Solat Awal Waktu?
www.iluvislam.com
oleh: fuadlatip
editor: doraemong13

Mengapa solat awal waktu? Apakah kelebihannya?

Saudara,

Apabila azan dilaungkan maka frekuensi azan akan dirambatkan keserata tempat. Frekuensi azan ini akan menjadikan frekuensi sekitar ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Untuk memahami tentang frekuensi, sila rujuk artikel frekuensi yang saya jelaskan sebelum ini di sini.

Mari bersolat DI AWAL WAKTU secara BERJEMAAH

***

Saudara,

Air merupakan salah satu makhluk Allah yang mampu untuk menurunkan frekuensi gelombang otak ke alpha dengan cepat. Kerana itu apabila kita berada di dalam keadaan marah, kita diminta untuk mengambil wudhuk agar kita menjadi tenang.

Begitu juga jika anak menangis. Kita boleh sapukan dengan air sambil meminta izin pada Allah dan berkomunikasi dengan air itu sendiri. Air juga makhluk Allah dan kita meminta bantuan air sepertimana kita meminta pada manusia. Ingatlah semua benda di dunia ini adalah makhluk Allah. Milik Allah.

Juga lagi jika kita berada di dalam keadaan stress akibat kerja yang banyak atau juga stress kerana study (baik untuk mereka yang sedang membuat PhD), minumlah air yang banyak. Air boleh menenangkan stress.

Mohonlah agar diberi ketenangan daripada Allah kerana Allah adalah pemilik kepada air dan diri kita. Mohonlah juga kepada air atas hubungan sesama makhluk iaitu kita dan air.

***

Berbalik kepada solat awal waktu. Apabila azan dilaungkan maka azan tersebut mampu menurunkan frekuensi persekitaran ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Apabila kita mengerja solat ketika ini dan ditambah dengan adanya wudhuk, maka frekuensi fikiran kita akan mampu turun sampai ke tahap theta ataupun sekurang-kurangnya alpha yang paling bawah (deep alpha). Ketika ini pastinya menjadi mudah untuk mencapai tahap khusyuk.

Deep theta + Alpha = theta atau deep alpha

Jika kita solat di tengah atau di akhir waktu, maka tenaga frekuensi azan ini telah berkurangan dan mungkin sudah habis. Maka agak sukar sedikit untuk mencapai tahap theta tersebut.

Jika kita bersolat di masjid atau surau secara berjemaah, maka lebih kuat frekuensi thetanya kerana dari masjid dan suraulah azan dilaungkan. Sebab itu kita lebih mudah mencapai tahap khusyuk jika bersolat di masjid atau surau di awal waktu. Maha Besar Allah yang menjadikan sesuatu itu tidak ada sia-sianya.

***

Saudara,

Marilah kita berkomunikasi dengan Allah meminta agar kita sentiasa bersolat di awal waktu. Jika kita malas, atau ada lagi kerja yang ingin dilakukan, maka berkomunikasi dengan Allah dengan memohon keizinan untuk solat lewat waktu.

“Ya Allah, aku ingin buat kerja dahulu ya Allah. Aku ingin siapkan sedikit sahaja lagi kerja ini. Aku minta kebenaran padaMu ya Allah. Izinkan aku solat lewat”.

PERCAYALAH. Pengalaman saya berkomunikasi dengan Allah sedemikian rupa TIDAK akan membawa kepada apa-apa kejayaan. Hati dan jiwa saya serta tubuh saya secara automatik akan bangun dan terus mengambil wudhuk untuk mengerjakan solat. Permohonan saya untuk lewat solat sentiasa menemui KEGAGALAN.

***

Semoga Allah sentiasa melimpahkan ilmunya kepada kita semua. Ameen.

Khemah Ibadah “Kader Dakwah”

Salam buat ikhwah fillah. Pada Khamis, 19 Mac ini akan diadakan Khemah Ibadah dengan Tema Kader Dakwah, Menuju Constantinople akan diadakan buat penggerak Kelab Remaja HIKMAH di Surau Darul Huda, Sarikei.
Pengisian akan menumpukan kepada peringkat- peringkat dakwah fardiah, pembentukan Bait Muslim dan Baitul Muslim serta Pengukuhan Dakwah dalam Kalangan Remaja.
Pada sebelah malamnya akan diadakan kuliah antara Maghrib-Isyak dan qiyamulai.
Tazkirah Subuh akan diisi dengan kuliah khas menyorot kekuatan perjuangan Rasulullah.

Bina Insan Guru

Berakhirnya BIG Siri Pertama 2009 ini pastinya meninggalkan kenangan yang sangat indah bagi saya. Kesayuan jelas terpencar daripada para peserta sejak LDK berakhir pada malam itu. Walaupun ada yang tidak sabar mahu kembali ke kampus merehatkan badan, namun jauh di sudut hati pastinya merindui kenangan terindah di Kem Bina Insan ini.
Pengiktirafan yang diberikan oleh Penyelaras Bina Insan Guru, En Hadi bahawa Kem Bina Insan Guru kali ini adalah antara yang terbaik dan suatu sejarah baginya. Dengan sambutan hari lahir En Hadi buat pertama kalinya yang berlangsung semasa program BIG membawa satu kenangan tersendiri kepada beliau.
Begitu juga kepada rakan- rakan yang turut sama menyambut hari lahir. Perasaan sebak saya atas kasih dan sayang pada rakan- rakan tidak dapat saya gambarkn dengan kata- kata. Biarlah ia tersimpan dalam diri ini sebagai satu kenangan yang terindah dalam permulaan hidup saya sebagai seorang guru.
Pastinya saya merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ketua jurulatih, kem komandan serta fasilitator di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang amat berguna sepanjang program Bina Insan Guru ini. Kepada En. Chula, Ketua Jurulatih Laut, saya begitu teransang dengan kata- katanya setelah saya berjaya sampai ke tepian selepas berenang dari tengah laut. Katanya, jika awak berusaha pasti awak boleh dan sekarang sudah terbukti awak boleh ke hadapan.
Begitu juga dengan Madam Alice yang memberi pujian di atas kerja- kerja saya dalam pasukan semasa memasang rakit. Sesungguhnya saya tidaklah berhak mendapat pujian itu kerana tanpa tunjuk ajar dan bimbingan tanpa jemu abang- abang dan kakak- kakak KPLI pastinya saya tidak akan mendapat ilmu yang sedemikian berguna seumur hidup.
Ilmu yang Encik Zaki berikan kepada saya daam menghayati sesuatu perkara yang hendak dibuat agar terkesan di hati adalah sesuatu yang amat berguna bagi saya. Ilmu itu telah saya gunakan dan ianya sangat berkesan kerana menitiskan sahaja air mata saya. Saya amat bersyukur di atas komitmen yang diberikan oleh fasilitator dan ketua jurulatih sepanjang Kem Bina Insan ini.
Pastinya sukar untuk saya lupakan bagaimana saya menangis semasa menyanyikan lagu tema Bina Insan Guru di majlis penutupan. Ianya cukup terkesan ke atas diri saya sehingga saya begitu sebak meninggalkan kem ini. Sukar untuk digambarkan namun inilah yang dinamakan Bina Insan Guru. Sekalung tahniah kepada team fasilitataor dan kejurulatihan Bina Insan Guru Siri Pertama 2009 ini kerana berjaya menterjemahkan segala modul dan objektif BIG ini bukan hanya teoritikal namun secara praktikalnya juga.
Kerjasama yang digambarkan khususnya dalam kumpulan saya kumpulan ADIL adalah sesuatu yang amat saya hargai kerana inilah pertama kalinya saya bekerja dalam sebuah pasukan yang memberikan komitmen 100% dalam melaksanakan tugas dan berpegang pada semangat berpasukan dalam menempuh apa jua cabaran dan rintangan juga dalam membuat keputusan bersama. Inilah yang cukup membekas dalam diri saya.
Kepada Kak Sandra, Kak Jen, Kak Mas, Kak Salina, Kak Wani, Abang Tommy, Abang Larry, Abang Ady, Abang Azril dan Abang Ling, sekalung tahniah dan penghrgaan serta jutaan terima kasih saya ucapkan seikhlas hati ini kerana dari anda pelbagai banyak perkara yang saya pelajari kerana tidak ada yang mampu membayarnya jika ia menjadi satu jual beli.
Kita mungkin boleh membeli katil dan tilam yang empuk untuk tidur, namun kita tidak boleh membeli mimpi- mimpi yang indah. Kita mungkin boleh membeli makanan sebanyaknya, namun kita tidak boleh membeli kekenyangan. Kita mungkin boleh membeli buku, namun kita tidak boleh membeli ilmu pengetahuan. Demikian juga, kita boleh menyertai seberapa banyak kem dan perkhemahan namun kita tidak mungkin boleh membeli pengalaman yang sangat berguna sepanjang kem ini seperti kata Timbalan Pengarah IPGM Kampus Rajang.

DAURAH “Baitul Muslim”

Petang ini Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu agak meriah dengan kehadiran rakan-rakan dari Miri, Sibu dan Serekei. Semuanya berkumpul bagi menghadiri program Daurah ” Baitul Muslim” ,pengisian petang ini telah disampaikan oleh Ustaz Ariffin. Sebagai agen pengerak dakwah keperluan untuk membina rumah tangga yang berteraskan prinsip Islam amatlah penting dan mustahak kepada setiap individu daie. Bagaimana mungkin sebagai daie menyampaikan retorika dihadapan khalayak walhal kehidupan peribadi jauh dari landasan Islam. Jesteru kehadiran rakan-rakan seramai 65 orang petang ini masing-masing sedang berusaha untuk merubah kelaziman yang tidak benar dalam menata kehidupan harian sebagai individu muslim.

Keberangkatan saya dan Ustaz Zainal seawal jam 7.00 pagi dan tiba di Madrasah Al Quran pada jam 11.30 pagi. Kehadiran kami di Madrasah di sambut oleh Ustaz Ariffin dan akhie Ismawi. Daurah kali ini berlansung di dua arena berbeza bagi marhalah tahap1 dan marhalah tahap 3. Kami kembali ke Sarikei pada jam 5.30 petang dan saya tiba di rumah pada jam 10.00 malam.

Bumi Al Quds Menuntut Kemenangan Islam

Ampunkan aku Ya Allah, aku tidak membantu perjuangan saudaraku di Bumi Palestin. Hanya suara, jari jemari dan doa ku panjatkan darimu buat mereka agar mereka terus dilindungi di tanah air mereka. Aku mengerti Ya Allah, engkau akan memberi kemenangan kepada umat Islam menawan semula Al-Quds dan aku mengetahui bahawa engkau Maha Pemurah atas segalanya.

Kekentalan kami kini dan kekuatan mereka saudaraku adalah menegakkan agamamu Ya Allah. Peluang syahid yang kau bukakan kepada mereka saudaraku di Bumia Al-Quds sesungguhnya tidak mereka sia-siakan dan amat pula kami cemburui.

Aku tahu ya Allah, kalam yang kau tinggalkan, kepada Muhammad kau utuskan untuk membimbing kami. Sampai tahapnya Muhammad membimbing kami secukupnya, kau bawa kekasihmu itu menemuiMu. Kami tahu semua ini Ya Allah.

Aku tahu Ya Allah, bahawa engkau juga memberi panduan pada kami bagaimana hendak menawan semula Al-Quds dalam firmanMu surah Al-Isra’ ayat 7.
                   •     • 

7. Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan Yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya Yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki Masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali Yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja Yang mereka telah kuasai, Dengan sehancur-hancurnya.

Kami mengetahui Ya Allah perpecahan dan sengketa antara kami ini membinasakan kerana kami bersengketa atas kuasa yang kemaruk kami pegang. Kami bersengketa kerana dibeli mata kami untuk melihat kekayaan dan kemewahan yang ditawarkan oleh mereka yang tidak pernah senang pada kami selagi kami tidak mengikut pegangan agama mereka sebagaimana telah engkau peringatkan pada kami Ya Allah. Apakan daya Ya Allah kami ingkar. Kami ingkar dan berpaling tadah.

Sahabatku sekalian remaja sudah terkulai layu kerana penangan ghazul fikr. Mata mereka dihiasi melihat keindahan pada wanita dan keduniaan. Aku tidak akan henti di sini Ya Allah mengajak mereka menuju ke jalan yang diredhaiMu.

Akanku jadikan kisah Mus’ab sebagai pemuda tampan yang berjuang demi Islam sehingga dicantas tangan kanannya, dipertahnnya panji Islam di tangan kiri. Dicantas tangan kirinya dipegangannya dengan lengannya yang kudung itu. Dipegangnya erat daripada jatuh menyembah Bumi sehingga belakangnya ditusuk sehingga dirinya gugur syahid di medan jihad. Aku tahu Ya Allah inilah kemampuan yang ada pada Mus’ab untuk berjuang atas namaMu demi agamaMu.

Aku mendengar hebatnya Sultan Muhammad Al-Fatih Ya Allah menjadi pemuda dan pemerintah sebagaiman yang Rasul Mu perkatakan dalam hadisnya. Al Fatih menjadi pemuda memimppin sehingga membawa kemenangan umat Islam. Dengan kebijaksanaannya memerintah sebuah empayar dengan membawa kegemilangan Islam. Bagaimana boleh aku lupakan kisah warna duka dan gemilang sekalian ikhwah pemuda yang berjuang atas agamaMu Ya Allah?

Peribadi merekalah akan aku sebarkan. Kisah merekalah akan ku tatap agar tersemat di dalam sanubari pemuda supaya berakar teguh pada jihad di jalanMu membawa kembali kemenangan Islam menawan Al-Quds.

Jika kali pertama Al-Quds ditawan oleh Rasulullah saw dahulu dengan kekuatan akidah dan iman tentera Muslimin demikian juga kejayaan seterusnya apabila Salahuddin Al Ayubi membebaskan semula Palestin dalam Perang Salib dengan kekentalan keimanan dan tanpa setitik darah pun jatuh di Bumi Palestin itu, demikian jugalah kami pemuda insya Allah akan berjuang agar suatu hari kelak akan terbentuk satu infantri sedemikian.

Jauhkanlah kami remaja dan pemuda dari kelalaian dunia agar kami melihat limpahan rahmatMu di akhirat dan syurga sana dalam kepayahan merentasi titian sirat kelak sebagai ingatan buat kami.

::Al Quds Menuntut Kemenangan Umat Islam::

Bumi Al Quds Menuntut Kemenangan Islam

Ampunkan aku Ya Allah, aku tidak membantu perjuangan saudaraku di Bumi Palestin. Hanya suara, jari jemari dan doa ku panjatkan darimu buat mereka agar mereka terus dilindungi di tanah air mereka. Aku mengerti Ya Allah, engkau akan memberi kemenangan kepada umat Islam menawan semula Al-Quds dan aku mengetahui bahawa engkau Maha Pemurah atas segalanya.

Kekentalan kami kini dan kekuatan mereka saudaraku adalah menegakkan agamamu Ya Allah. Peluang syahid yang kau bukakan kepada mereka saudaraku di Bumia Al-Quds sesungguhnya tidak mereka sia-siakan dan amat pula kami cemburui.

Aku tahu ya Allah, kalam yang kau tinggalkan, kepada Muhammad kau utuskan untuk membimbing kami. Sampai tahapnya Muhammad membimbing kami secukupnya, kau bawa kekasihmu itu menemuiMu. Kami tahu semua ini Ya Allah.

Aku tahu Ya Allah, bahawa engkau juga memberi panduan pada kami bagaimana hendak menawan semula Al-Quds dalam firmanMu surah Al-Isra’ ayat 7.

                   •     • 
7. Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan Yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya Yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki Masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali Yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja Yang mereka telah kuasai, Dengan sehancur-hancurnya.

Kami mengetahui Ya Allah perpecahan dan sengketa antara kami ini membinasakan kerana kami bersengketa atas kuasa yang kemaruk kami pegang. Kami bersengketa kerana dibeli mata kami untuk melihat kekayaan dan kemewahan yang ditawarkan oleh mereka yang tidak pernah senang pada kami selagi kami tidak mengikut pegangan agama mereka sebagaimana telah engkau peringatkan pada kami Ya Allah. Apakan daya Ya Allah kami ingkar. Kami ingkar dan berpaling tadah.

Sahabatku sekalian remaja sudah terkulai layu kerana penangan ghazul fikr. Mata mereka dihiasi melihat keindahan pada wanita dan keduniaan. Aku tidak akan henti di sini Ya Allah mengajak mereka menuju ke jalan yang diredhaiMu.

Akanku jadikan kisah Mus’ab sebagai pemuda tampan yang berjuang demi Islam sehingga dicantas tangan kanannya, dipertahnnya panji Islam di tangan kiri. Dicantas tangan kirinya dipegangannya dengan lengannya yang kudung itu. Dipegangnya erat daripada jatuh menyembah Bumi sehingga belakangnya ditusuk sehingga dirinya gugur syahid di medan jihad. Aku tahu Ya Allah inilah kemampuan yang ada pada Mus’ab untuk berjuang atas namaMu demi agamaMu.

Aku mendengar hebatnya Sultan Muhammad Al-Fatih Ya Allah menjadi pemuda dan pemerintah sebagaiman yang Rasul Mu perkatakan dalam hadisnya. Al Fatih menjadi pemuda memimppin sehingga membawa kemenangan umat Islam. Dengan kebijaksanaannya memerintah sebuah empayar dengan membawa kegemilangan Islam. Bagaimana boleh aku lupakan kisah warna duka dan gemilang sekalian ikhwah pemuda yang berjuang atas agamaMu Ya Allah?

Peribadi merekalah akan aku sebarkan. Kisah merekalah akan ku tatap agar tersemat di dalam sanubari pemuda supaya berakar teguh pada jihad di jalanMu membawa kembali kemenangan Islam menawan Al-Quds.

Jika kali pertama Al-Quds ditawan oleh Rasulullah saw dahulu dengan kekuatan akidah dan iman tentera Muslimin demikian juga kejayaan seterusnya apabila Salahuddin Al Ayubi membebaskan semula Palestin dalam Perang Salib dengan kekentalan keimanan dan tanpa setitik darah pun jatuh di Bumi Palestin itu, demikian jugalah kami pemuda insya Allah akan berjuang agar suatu hari kelak akan terbentuk satu infantri sedemikian.

Jauhkanlah kami remaja dan pemuda dari kelalaian dunia agar kami melihat limpahan rahmatMu di akhirat dan syurga sana dalam kepayahan merentasi titian sirat kelak sebagai ingatan buat kami.

Older Posts »